Assalamualaikum,..
Alhamdulillah,.
Syukur ke hadrat Illahi
yg senantiasa mendengar keluh kesah hati hambaNya
betul kata mamanya,."Hanya Dia yang dapat membantu kita"
walaupun diherdik di aniaya diperbodoh diperkotak katikkan di permainkan oleh seseorang yg melaksanakan salah satu pekerjaan yg dia dikagumi
pekerjaan yg mulia,.tapi
dia redha,.
walaupun ringan untuk dia menyatakan ketidakpuasaan hati
tetapi dia memilih untuk diam,.diam bukan bermakna dia lemah tetapi dia sendiri memilih keadaan itu
dalam diam juga dia sebenarnya mencabar dirinya, mencabar tahap kesabaran yang dia boleh kawal
adakah dia boleh bertahan dan bersabar atau sebaliknya?
dia juga memilih untuk lebih berhati2 membuat suatu keputusan
bukan kerna takut akan ancaman
dia hanya ingin lebih berhati2 dengan dunia orang yang berada di atasnya
yang mempunyai kuasa lebih darinya
dia sedar, ini realiti bukan fantasi
dahulu
dia pernah membuat keputusan tanpa berfikir panjang
dia lebih suka ikot kepalanya sendiri tanpa mempedulikan siapa di depan nya
yang akhirnya membuat dia menyesal tiada sudah
orang yang tidak faham dirinya akan berkata kata
baik buruk atau baik dia telan dalam diam
diambilnya sebagai pembakar semangat
ya. kali ini dia salah percaturan dalam permainan mega manusia.
tapi dia tidak lupa adanya yang Maha Kuasa
dia juga bersyukur mempunyai keluarga yg sentiasa ada untuknya
biar miskin harta tapi mereka kaya dengan kata2
kata2 yang membuatnya tenang meredah gila dunia
buat teman2nya,.dia tiada apa untuk dikata
selain kata2 penghargaan xterhingga
Terima kasih Ya Allah
dia akhirnya boleh memegang segulung ijazah
boleh bergraduasi bersama rakan2 rapatnya yg suatu masa dia merasakan dia tidak dapat berbuat demikian
Alhamdulillah,...
"Ma, terima kasih kerana percayakan anakmu dikala orang lain cuba menjatuhkan dirinya dan berkat doa ma, anakmu berjaya,..."
yg benar
dia yg teraniaya
tahniah...
ReplyDelete